PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Thursday, November 10, 2016

Makan Angin : Pulau Pangkor


Assalamualaikum 

Cuti Maal Hijrah yg lepas, Syeeda dan keluarga sempat makan angin kat Pulau Pangkor. Kami memulakan perjalanan dari Penang dalam pukul 8.30 pagi dan sampai di Jeti Lumut dalam pukul 12.00 tengahari. Jangan risau, banyak tempat parking disediakan untuk ke Pulau Pangkor. Kami parkir kereta di tempat parking bertingkat untuk satu malam.

Harga tiket ke Pulau Pangkor untuk satu orang RM 10.00 (pergi dan balik).

Jom naik feri..

Dalam pukul 1.00 petang baru kami dapat naik feri setelah beratur panjang menunggu giliran. Setengah jam dalam feri, sampailah kami di Pulau Pangkor. Yeahhh!!! Kami pun sewa van pink untuk ke tempat penginapan kami. Kali ni kami pilih untuk menginap di Purnama Beach Resort, Teluk Nipah


Sedikit review - chalet yang ada kolam renang dan kawasan resort yang cantik. 

Dah siap rehat, mandi, dan solat kami pun turun cari makan. Udah menari-nari perut nahan lapaq wei. Jalan punya jalan akhirnya semua sepakat nak makan nasi goreng aje. Jangan risau kat Teluk Nipah ni banyak kedai makan. Yang paling femes makanan laut macam ikan bakar, kerang bakar dll.

Makan dulu. Masa ni ayaq laut dok tengah pasang.. 


Dah siap makan, jalan-jalan dulu lemak haha. sambil ambik mbik angin pantai. Ayaq pasang petang tu so tak banyak sangat aktiviti kat pantai. Malamnya lepas maghrib, kami keluar makan lagi. Kali ni pekena char keow teaw Pulau Pangkor pulak. Boleh lawan char keow teaw Penang tak? Hehe Siap makan jalan-jalan lagi. Cari cenderamata untuk dibawa balik.

Jalan-jalan cuci mata..

Esoknya Ahad, 2 Okt 2016, awal-awal pagi lagi kami turun tunggu sarapan. Ambik pakej yang resort sediakan je. Seorang RM 10.00 Sekali sekala orang belanja kan..Heee Boleh tahan sedap jugak sambal nasi lemak dia..

Sejuk mata memandang..

Lepas sarapan, terus pi pantai. Kami sewa bot ke Pulau Giam. Tambang RM 60.00 untuk satu bot. Kat Pulau Giam kami berendam hampir 2 jam kot dalam air laut. Rasa macam tak puas pulak berendam. Disebabkan dah nak check out jadi kami cepat-cepat balik resort dan kemas barang.

Sebelum balik Penang, kita ronda Pulau Pangkor dulu. Sewa van pink lagi. Dapat driver yang ok dapat lah dengar serba sedikit cerita dan sejarah Pulau Pangkor.

Antara tempat yang sempat kami lawati sebelum balik..


Akhirnya jam 4 petang barulah kami naik feri. Sampai kat jeti Lumut mak pun beli barang sikit dan kami terus bertolak balik. Masing-masing dah penat. Berhenti solat di R&R Gunung Semanggol, ingat nak makam malam siap-siap sekali meja semua full. Tukar plan.

Sampai Exit Sungai Dua pukul 10.00 malam, berhenti pekena mee udang pak ngah dulu. Siap makan terus balik sebab dah penat sangat. Walaupun penat berbaloilah kan dapat bercuti kat Pulau Pangkor. Ada rezeki kita pi lagi na.

Bye-bye.


Thursday, September 15, 2016

Lamanya Menyepi

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Rasanya dah lama kan tak conteng-conteng kat sini. Rindu jugak sama kawan-kawan blogger. Lama kan Syeeda menyepi? Berhabuk sudah blog Syeeda ni..

Bukannya sibuk sangat pun sampai tak sempat nak update blog, tapi penat sangat (macamlah kerja berat sangat kan). Waktu rehat kat opis tak sempat nak update sebab sibuk nak melantak hehe balik rumah pun sama, dan malam ja letak kepala kejap ja terus terlelap. Haishh

Ok, di kesempatan ni, Syeeda nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA. Mohon maaf andai ada terkasar bahasa, terlebih bicara na. Selamat menjamu selera dengan daging korban. Jangan makan banyak sangat nanti daarah tinggi naik. =)

Ok, tunggu next update YA.

u/p : Jom makan nasik pulak.

Friday, June 24, 2016

Pemenang Giveaway Kad Raya Syeeda Saniey

ASSALAMUALAIKUM

Minta ampun dan maaf lewat umum pemenang giveaway. Banyak benda yang nak diuruskan tambah pulak nak dekat raya ni kan.

Hari ni Syeeda akan umumkan 25 orang pemenang bertuah yang akan dapat kad raya dari Syeeda. Syeeda guna cara manual untuk pilih pemenang. Gulung-gulung kertas, gaul-gaul dan cabut.




Gaul punya gaul, akhirnya syeeda pilih 25 kertas gulung ni. Jom tengok siapa yang kena.Semak link taw..





Pemenang-Pemenangya ialah : 

No. link : 36, 45, 11, 13, 33
No. link : 25, 30, 46, 3, 42
No. link : 24, 21, 31, 22, 16
No. link : 52, 35, 47, 9, 29
No. link : 39, 53, 41, 55, 38

Kepada pemenang, sila email details korang di nursyeda89@gmail.com dengan kadar segera  :
NAMA, ALAMAT, NOMBOR LINK & LINK PENYERTAAN

Tahniah kepada pemenang-pemenang. Yang tak menang tak apa nanti kita buat giveaway lagi ok. Terima kasih semua sebab sudi join giveaway Syeeda yang tak seberapa ni.

Selamat berpuasa.



Monday, June 20, 2016

Semak Link Penyertaan : Giveaway Kad Raya Syeeda Saniey

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah dah selesai giveaway. Terima kasih buat semua sahabat blogger yang sudi join taw.. Disebabkan giveaway yang mendapat sambutan ni, Syeeda akan tambah lagi 5 keping kad raya untuk blogger yang bertuah. Jadi semuanya akan ada 25 keping kad raya.

Giveaway Kad Raya Syeeda Saniey


Semak link penyertaan dekat SINI. Bagi yang link tak ada, cepat-cepat bagitau Syeeda ok. Komen kat entry nie..

InsyaAllah Syeeda akan pilih 25 orang blogger bertuah untuk 25 keping kad raya Syeeda pada hari Rabu, 23/06/2016. So cepat-cepat semak link korang ok.

Selamat berpuasa (^_*)


Friday, June 17, 2016

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2016

ASSALAMUALAIKUM

Yes akhirnya berjaya juga join giveaway ni. Tahun lepas pun bersemangat nak join, tangguh punya tangguh nak buat entry sampailah akhirnya dah tarikh tutup. Menangis berlagu la daku. Jadi tahun ni bila terbaca saja mengenai giveaway ni dari blog Lyssa Faizureen , terus buat entri. 


KLIK BANNER 

Sapa yang belum join, jom pakat-pakat join Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2016  oleh http://www.nile.com.my. Nile.com nak bagi duit raya sehingga RM 1000.

Hadiah untuk 6 orang pemenang :

RM 300 Duit Raya x 1 pemenang
RM 200 Duit Raya x 2 pemenang
RM 100 Duit Raya x 3 pemenang

Dan Syeeda telah memilih lima item di bawah yang super cun dan terlajak murahhh. Rambang mata juga nak memilih yang lima nie..



Product:  Casual 3-in-1 Women Bag
JLM2016 Sales price: RM33.30
Date: 16/06/2016
Time Start: 3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 300 units only



Product: Stylish N Design Shoes
JLM2016 Sales price: RM16.00
Date: 23/06/2016
Time Start:3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 480 units only


Product: Korean Style Long Blouse
JLM2016 Sales price: RM14.90
Date: 23/06/2016
Time Start:2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 400 units only


Product: Portable Car Vacumn
JLM2016 Sales price: RM8.50
Date: 17/06/2016
Time Start: 2.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 200 units only

Product: Watches
JLM2016 Sales price: RM15.50
Date: 17/06/2016
Time Start: 3.00pm
Time End: When limited quantity sold out
Limited Quantity: 100 units only

Sapa yang belum join, jom join cepat. Mana tau rezeki dapat duit raya dari Nile.com. Tarikh tutup giveaway pada 30/06/2016, 11.59 malam.

Selamat Berpuasa.


Thursday, June 16, 2016

Senarai Peserta Giveaway Kad Raya Syeeda Saniey

ASSALAMUALAIKUM

Terima kasih sahabat-sahabat blogger yang sudi join giveaway Syeeda yang tak seberapa nie huhu Jom semak senarai peserta. Check betoi-betoi naa, kalau link tak ada cepat-cepat bagitau Syeeda ok.

SENARAI PESERTA :





47.  http://ahlamsjourney.blogspot.my/2016/06/giveaway-kad-raya-syeeda-saniey.html
48.  http://www.nooratikahramli.com/2016/06/giveaway-kad-raya-syeeda-saniey.html
49.  http://nims007.blogspot.my/2016/06/giveaway-kad-raya-syeeda-saniey.html
50. https://belogs.blogspot.my/2016/06/giveaway-kad-raya-syeeda-saniey.html

51. http://www.syahidahfadilah.com/2016/06/giveaway-kad-raya-syeeda-saniey.html
52. http://sayasukala.blogspot.my/2016/06/giveaway-kad-raya-syeeda-saniey.html
53. http://lifesofkajiwara.blogspot.com/2016/06/giveaway-kad-raya-syeeda-saniey.html
54. http://hakmilikmyra.blogspot.my/2016/06/giveaway-kad-raya-syeeda-saniey.html
55. http://www.inanihazwani.com/2016/06/giveaway-kad-raya-syeeda-saniey.html
56. http://myemosaid.blogspot.my/2016/06/giveaway-kad-raya-syeeda-saniey.html



Saturday, June 11, 2016

Giveaway Kad Raya Syeeda Saniey

ASSALAMUALAIKUM


Seperti kebiasaannya dulu-dulu pakat hantar kad raya. Punya excited bila dapat kad raya. Pastu kumpul banyak-banyak & gantung kat ruang tamu. Sekarang ni fungsi kad raya dah kian tenggelam dek adanya teknologi serba canggih. Jadi dengan buat giveaway kad raya nie harapnya dapat kembalikan nostalgia kad raya. Rindu bangett!

Syeeda nak bagi kad raya kepada 20 orang bertuah. Bolehlah buat koleksi kad raya. 





SYARAT-SYARATNYA :

  • Blogger Malaysia
  • Follow blog Syeeda , Denaaas & Kucingbacakitab
  • Buat satu entry bertajuk 'Giveaway Kad Raya Syeeda Saniey'
  • Dalam entry tersebut, letakkan banner di atas dan link kan ke entry ini.
  • Tinggalkan URL entry di ruangan komen entry ini.

Syarat yang sangat simple kan? Harapnya mendapat sambutan sebab Syeeda pun dah lama tak menulis. Memanjang letak alasan 'malas' la tu kan..haha  

Jom la ramai-ramai join na.

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Selamat berpuasa. 


Thursday, June 9, 2016

Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin


ASSALAMUALAIKUM

Bersempena dengan bulan Jun 2016 yang merupakan ulang tahun perkahwinan ke-4 mummy, bulan Ramadhan Al Mubarak,  dan kelahiran putera sulung mummy, Dzal Aidi Fiqry yang kedua tahun. Mummy berbesar hati untuk menjayakan satu Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin khas untuk pembaca blog mummy www.azlindaalin.com . Mummy tak buat syarat berat untuk Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin. 




GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BERSAMA AZLINDA ALIN 
Giveaway Ramadhan 2016 Bersama Azlinda Alin



Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA

Assalamualaikum semua. Dengan ini PapaG lancarkan satu segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA. Siapa nak angkat tangan. Untuk pengatahuan semua baru-baru ini Papaglamz telah melancakan Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz (klik disini).  Pelancaran Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz ni akan dapat membantu anda dalam membuat pemilihan shawl yang cantik, glamour, exclusive dan menarik untuk anda gayakan. Lebih-lebih lagi nak raya ni kan?



Korang nak cuba Shawl Exclusive By Papaglamz secara PERCUMA? Mudah je. Jom join segmen yang PapaG buat ni. Klik kat banner di atas tu yer.

Warna-warna pilihan koleksi terbaru shawl exclusive by Papaglamz

Baiklah, terlebih dahulu PapaG cerita sedikit tentang konsep shawl yang terbaru dari Papaglamz ni dulu yer. Sebenarnya koleksi kali ini menampilkan shawl yang mempunyai potongan asas segi empat tepat. Ukuran panjang dan lebar lebih kurang 190cm X 80cm. Semoga shawl yang PapaG keluar ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah. 

Dalam pemilihan material, kami menggunakan kain Chiffon Glitter. Antara sebab PapaG menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang nampak lebih Glamour dan anggun pada si pemakai serta MUDAH BERALUN yang penting TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu, untuk koleksi kali ini PapaG tampilkan KHAS satu shawl yang warnanya LIMITED. Sebab hanya SATU warna sahaja shawl yang diperbuat dengan menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Bagi mereka yang dah mencuba koleksi shawl PapaG yang lepas tentu tahu bagaimana CANTIK dan SELESAnya memakai shawl PapaG yang menggunakan kain jenis ni kan? Jadi buat mereka yang merindui shawl PapaG dibuat dari kain jenis ini korang boleh grab dalam koleksi terbaru ni. Tapi SATU WARNA je la iaitu Musted Yellow.

Terdapat 7 warna berbeza yang korang boleh lihat seperti gambar yang PapaG tunjukkan di bawah ni.

wide-shawl-exclusive







Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari kami, jadi kami menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.

1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage 

CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!


Wassap : 0196141393

Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau.

Ig : exclusive_by_papaglamz
FB : Papaglamz
Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz


Segmen Sally nak bagi Kad Raya 2016!

ASSALAMUALAIKUM

Syeeda join

KLIK BANNER UNTUK JOIN


Mula - 6/6/2016 | Tamat - 26/6/2016


Thursday, May 26, 2016

Tahfiz Muda : Akhir

ASSALAMUALAIKUM

Malam ni berakhirlah sudah program realiti kanak-kanak iaitu Tahfiz Muda yang bersiaran selama tujuh minggu setiap hari Khamis jam 9.00 malam di Astro Oasis bertemakan Quranku, Sahabatku.

Tahfiz Muda
Tahfiz Muda adalah program terbaru di Astro Oasis yang akan menampilkan peserta kanak-kanak yang berumur 6-12 tahun dimana mereka akan menghafal dan membaca al-quran. Mereka akan dinilai oleh juri-juri dari segi bacaan mereka , dan hafalan mereka.

Dan malam ini merupakan Persada Akhir Tahfiz Muda menampilkan enam orang Tahfiz Muda. Keputusan penuh Tahfiz Muda:

JUARA : Tahfiz Muda Aqil (Mohamad Aqil Khair Mohammad Fairie, 11)
NAIB JUARA : Tahfiz Muda Fatimah (Fatimah Azzahra Bukhari, 12)
TEMPAT KE-3 : Tahfiz Muda Syadril (Muhammad Syadril Idham Sable, 11)
TEMPAT KE-4 : Tahfiz Muda Amir (Muhammad Amiruddin Mohd Basir, 9)
TEMPAT KE-5 : Tahfiz Muda Anas (Muhammad Anas Ajwad Noor Hisham, 10)
TEMPAT KE-6 : Tahfiz Muda Iman (Nurul Iman Kamila Norhisyam, 8)

Tahniah semua =)

#Tahfizmuda #persadaakhir #alQuran #QurakuSahabatku


Wednesday, April 13, 2016

Kejadian Di Atas Ekslator

ASSALAMUALAIKUM

Ni cerita hari Ahad lepas. Pi beli barang dapur di AeonBig. Kebetulan nak pi Hasani Bookstore beli buku jadinya terus shopping di AeonBig.

Dah siap bayar, macam biasa nak turun ekslator dengan menolak troli yang penuh dengan barang dapur. Dan dalam masa yang sama kedengaranlah pesanan dari corong speaker dalam supermarket supaya berhati-hati menggunakan ekslator. Macam biasa naik ekslator yang dah lama tak naik ni. Nampak sangat la noo lama tak jejak kaki kat supermarket. Huhu


Ehsan Pak Cik Google


Tolak saja troli turun ekslator, maka berterabur habis barang jatuh. Besi penghadang arah yang kita tolak tu terbuka luas. Aduhai. Bergolek elok ja botol sos tu turun ekslator.Haha Nasiblah ada orang baik hati tolong sambut botol sos tu. Kalau tak tak tau la apa nasib dia kan.

Tak tau la pasai apa jadi macam tu. Maybe barang banyak kot. Pressure kot no. Nasiblah masa tu dah tak ramai orang. Ternganga besi tu tak boleh buat apa dah. Terus tukar troli baru.

Tula dalam dok takut nak naik ekslator, jadi macam ni pulak. 

Thursday, March 24, 2016

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-59 1437H/2016M

ASSALAMUALAIKUM

Pada 21 Mac 2016, bermulalah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-59 yang akan berlangsung selama enam (6) hari bermula Isnin lalu bertempat di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya. 

Majlis Tilawah Al-Quran juga dapat disaksikan melalui siaran langsung di RTM 1 bermula jam 8.45 malam.



untuk maklumat lanjut boleh lawati facebook : 

Yang tinggal berdekatan Perbadanan Putrajaya, bolehlah sama-sama ke Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya. Bagi yang tidak berkesempatan boleh tonton live di RTM 1 ok. Kalau terlepas siaran, boleh tonton ulangan di : 

p/s : Jom sama-sama hayati bacaan ayat suci Al-Quran.


Friday, February 26, 2016

RARA PLAIN WIDE SHAWL BY SAKURAHIJABISTA


ASSALAMUALAIKUM

Sebelum tidur jom la cuci mata dulu dengan Plain Shawl pelbagai warna dari SakuraHijabista. Cantik-cantik belaka, memang memikat hatilah. Rambang mata kaw kaw..

RARA Plain Wide Shawl ni sesuai dipakai untuk semua jenis acara termasuklah bakal-bakal pengantin yang sedang mencari shawl untuk majlis Akad Nikah dan Perkahwinan. Ataupun si gadis bridemaid yang ingin tampil sedondon bergaya bersama pengantin. Juga sesuai untuk semua peringkat usia dari remaja sehinggalah mak-mak dan nenek-nenek kita.

RARA Plain Wide Shawl mampu memberi keselesaan, tampil sopan dan lebih berkeyakinan. 


RARA Plain Wide Shawl

Material : Chiffon Georgette
Measurement : 2m x 0.7m
Design : End Curve

Harga : RM 35 sehelai
PROMO : 3 helai RM 100

Postage : SM RM 7 / SS RM 10

Jika berminat Whatsapp/Sms : +6010-4684730




















P/S : Selamat Malam semua.

Saturday, February 20, 2016

Dating @ Pantai Merdeka

ASSALAMUALAIKUM

Cuti Tahun Baru Cina haritu tak sempat nak melancong pun. Banyak memenuhi undangan kenduri kahwin saja. Nak tunggu kenduri sendiri entah bila la pulak (lari topik nampak..haha). Lagipun sah sah jalan jem kan.

Nak melancong ke negeri sendiri pun mesti jem jugak, hari tak cuti pun jem inikan pula cuti..hihi Nanti-nanti nak pi jugak, sebab dah lama tak naik Bukit Bendera.huhu Jadinya plan ke Pantai Merdeka. Ayah suggest last minit, driver kata ok kita ikut saja..hehe

Hari Isnin cuti raya tu, pergilah kami lima beranak ke Pantai Merdeka. Masa perjalanan lebih kurang satu jam dari rumah@Tasek Gelugor-Kepala Batas-Kota Kuala Muda-Pantai Merdeka. Kami bertolak pun dah lewat pukul 11.30 pagi macam tu. Sampai dalam pukul 12.30 tghri kami lunch mee udang Pak Usop dulu dekat Pulau Sayak. *(Sebelum sampai Pantai Merdeka, jumpa Pulau Sayak dulu, ada simpang ke Pulau Sayak) Syeeda pernah cerita dulu pasal UDANG GERGASI kat Pulau Sayak.



Lepas makan solat zohor dulu dan terus ke Pantai Merdeka. Ingatkan tak ramai orang..haha ramai jugak biasalah cuti kan. Masa inilah nak luangkan masa dengan keluarga, kawan-kawan.

Ramai yang berkelah dengan keluarga, bakar ikan, ayam, semua ada.. bestnya!! Kita yang mai dengan tak sengaja ni pakai beli saja makanan kat situ. Nanti plan lain, kita mai bakar ayam pulak.=)

Ramai juga yang naik bot pi Tanjung Dawai. Kalau ikut darat pun boleh tapi kena ikut jalan lain la..ikut Merbok kalau tak silap. Lepak pekena angin pantai tak sedar dah asar, pekena abc gunung jerai dulu sebelum balik.




Dalam perjalanan balik, tudia punyai panjang gerabak kereta nak masuk Pantai Merdeka sampai jalan nak ke Sungai Petani nu..Nasibla tak mai petang sangat. Hihi. Dan kami meneruskan perjalanan ke Jakel Sungai Petani. Kita shopping pulak kan ada promosi kat Jakel. Dah siap pilih kain, bayar dan terus balik.. Nak dekat isyak dalam pukul 8 lebih camtu baru sampai rumah..

Selesailah jalan jalan makan angin 1 hari. Tak kisah dekat atau jauh janji dapat laungkan masa bersama keluarga tersayang, DATING @ PANTAI MERDEKA.



Saturday, January 9, 2016

Short Trip : Cameron Highlands

ASSALAMUALAIKUM

21 November hari tu Syeeda dan adik ikut rombongan tabika mak. Kali ni destinasinya Cameron Highlands pulak. Selalunya tiap-tiap tahun rombongan tabika mak pi tempat yang dekat-dekat ja, Perlis, Perak, Kedah dan dalam Penang saja. Kira dalam area utara jugak la.. nak pi jauh bajet pun banyak la kan..

Alkisahnya, pukul 11.30 malam tu bila dah cukup korum bas, bermulalah perjalanan kami ke Cameron Highlands. Keluar dari exit Simpang Pulai terus masuk jalan ke Cameron Highlands. Ingatkan naik bas lagi ok dari naik kereta tapi lagilah pening sebab jalan yang bengkang bengkok.. Akhirnya tewas jugak, nasiblah spare plastik dah.

Kami sampai di Brinchang dalam pukul 4.30 pagi. Parking bas semua full.. berhenti ja kat mana yang kosong. Selepas siap mandi dan solat subuh, dalam pukul 8.30 pagi bas pun bergerak menuju ke destinasi pertama, Taman Agroteknologi MARDI.



Oleh kerana parking bas penuh dengan hujan pulak jadi tak banyak tempat yang boleh kami pi..Huhu Pasar malam Brinchang pun terlepas.. yang mana ada parking kami berhenti kejap..Dalam perjalanan balik sempatlah singgah Ladang Teh Bharat dan kedai-kedai sepanjang jalan untuk beli sedikit buah tangan dan terus bertolak balik.


Lebih kurang jam 6.00 petang barulah kami sampai di R & R Sungai Perak.. berhenti solat, makan sekali. Kami bertolak balik dalam pukul 7.30 macam tu. Dan sampai kat Penang pukul 10 malam rasanya.

Tak puas pi Cameron Highlands sehari ja.. penat rasa.
InsyaAllah next time ada rezeki kita pi lagi ok.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...