ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Wednesday, June 24, 2015

Pemenang Baru Mini Giveaway Resepiku

ASSALAMUALAIKUM

Oleh kerana dua orang pemenang belum emailkan nama dan alamat untuk urusan pengeposan hadiah, jadi Syeeda terpaksa pilih PEMENANG BARU. 

PESERTA MINI GIVEAWAY RESEPIKU yang menjadi orang pertama dan kedua komen di ruangan komen entry INI, Syeeda akan pilih sebagai PEMENANG. 2 orang pemenang lagi dicari.. Bila dah dapat pemenang nanti, Syeeda akan minta nama, alamat dan nombor telefon di blog/facebook/email pemenang.

Nak settle pos cepat-cepat.. nak buat giveaway lain pulak.. insyaAllah.


Friday, June 19, 2015

UPDATE : Pemenang Mini Giveaway Resepiku

ASSALAMUALAIKUM

Tinggal dua orang pemenang lagi yang belum email details untuk penghantaran hadiah. Syeeda tunggu sampai 21 Jun (Ahad) ni. 22 Jun (Isnin) Syeeda akan keluarkan nama pemenang baru kalau syeeda tak terima details. 



Sila email nama, alamat dan nombor telefon ke :
nursyeda89@gmail.com
selewatnya 21 Jun 2015

SELAMAT BERPUASA 
#kosongkosong #ramadhan #inikanpuasa 

Wednesday, June 17, 2015

PEMENANG Mini Giveaway Resepiku

ASSALAMUALAIKUM

Pagi ni Syeeda nak umumkan pemenang mini giveaway resepiku. Maaf lewat tak sempat semalam. Kita guna Mr. Random.org jela jawabnya..


Dan pemenang yang bertuah adalah ...




Kepada PEMENANG, Sila email nama, alamat dan nombor telefon ke :
nursyeda89@gmail.com
dengan kadar segera..

TAHNIAH kepada pemenang, dan TERIMA KASIH kepada semua peserta sahabat blogger yang sudi join mini giveaway yang tak seberapa ini. InsyaAllah nanti kita buat giveaway lagi..

-SALAM RAMADHAN-


Monday, June 15, 2015

UPDATE : Senarai Peserta Mini Giveaway Resepiku

ASSALAMUALAIKUM

Tamat sudah Mini Giveaway Resepiku. Terima kasih pada semua sahabat blogger yang sudi menyertai mini giveaway Syeeda yang tak seberapa ni.. InsyaAllah ada rezeki lebih kita buat giveaway lagi ok.

Seramai 34 orang peserta dan sila semak link penyertaan korang ok. Takut ada yang tertinggal nanti. Semak cepat-cepat taw sebab Syeeda akan cabut nama pemenang esok malam.

Link Penyertaan :





Sunday, June 14, 2015

Mini Giveaway Resepiku

ASSALAMUALAIKUM


*TAMAT

Bulan Ramadhan bakal tiba tak lama lagi, jadi sempena nak sambut bulan yang penuh barokah ni Syeeda nak buat mini giveaway sikit.. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih, kita buat Giveaway besar-besar sikit..=)



Syarat-syarat untuk join giveaway ni :
  • Follow blog Syeeda Saniey  
  • Beralamat di Malaysia
  • Buat satu entry dengan tajuk "MINI GIVEAWAY RESEPIKU"
  • Dalam entry korang, masukkan banner kat atas tu dan backlink kan banner tu ke link entry giveaway nie..
  • Tinggalkan link entry korang dekat ruangan komen kat bawah

Hadiah mini giveaway :

3 buah buku resepi..

Mencari 3 orang pemenang bertuah 

Tempoh giveaway berlangsung:
Dari 09 Jun 2015 sehingga 14 Jun 2015 (jam 11.59 malam)

Pemenang akan diumumkan selewat-lewatnya 17 Jun 2015.

*senarai peserta akan di update dari masa ke masa..


-Jemput join semua-



Friday, June 12, 2015

Senarai Peserta Mini Giveaway Resepiku

ASSALAMUALAIKUM

Senarai Peserta *(setakat 12 Jun 2015):



yang belum join, jom join ramai-ramai.. =)


Thursday, June 11, 2015

Mimpi Jadi Kenyataan

ASSALAMUALAIKUM

Hujan lebatnya kat luaq, kalau dapat bantal nyenyak dah tidoq nie. Dengan sejuknya.. godaan sungguh..Hee Ok, bagi yang belum join giveaway Mini Giveaway Resepiku jemputlah join ye. Ada 3 buah buku resepi untuk dimenangi oleh 3 orang peserta bertuah. 

Petang semalam ada kena buat kerja kat luar dan selepas selesai kerja terus pi Kompleks Dato' Kailan, Kepala Batas atau orang area sini panggil Kailan ja. Niat ke sana nak cari barang adik yang tak beli lagi, Ahad nie dah nak bergelar mahasiswa politeknik kat Kulim, Kedah.. cepatnya masa berlalu, adik dah besaq kak dia lagi la..haha

Siap beli barang, terjah pulak ke kedai buku, Syarikat Adam. Masuk kali ni dah 2 3 kali mai tengok novel Tundukkan Playboy Itu dengan Tuan Anas Mikail yang dah lama keluar tapi belum ada di pasaran. Sampai terbawa dalam tidoq kot beli novel ni..adoi Sampai lagu tu laa penangan dia..hii



Alhamdulillah dapat grab dua novel tu.. Pasni tak mimpi dah. 


 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah