ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Friday, February 27, 2015

Belon Panas & Mood Republik Tour


ASSALAMUALAIKUM

Cuti raya cina empat hari sat ja berlalu. Mulanya plan nak ke Pulau Pangkor lagi tapi memandangkan banyak resort dah full jadi terpaksalah dibatalkan niat nak ke sana. Plan kedua nak ke Taiping pun tak jadi. Malas pulak rasa nak jalan jauh. Akhirnya kami plan jalan-jalan dalam Penang ja..

Pagi Sabtu tu pukui 8.30 pagi kami empat beradik dah siap untuk mandi manda kat ayaq terjun Teluk Bahang.. Naik ikut feri, nak dekat sejam jugak la tunggu feri. Pukul 10.30 baru sampai. Lamanya.. Nasiblah orang tak ramai lagi. Bawak bekal makaroni goreng ja. Puas berendam kami siap-siap untuk solat pulak memandangkan dah nak dekat pukul 2.00 petang.

Kami pun singgah solat zohor kat Masjid Terapung Tanjung Bungah. Dan perjalanan diteruskan lagi ke Straits Quay Convention Centre (SQCC), ada program Mood Republik Tour satu hari. Bestnya banyak booth jenama tujung, shawl, jubah dan macam-macam lagi dijual dengan harga lebih murah dari biasa. 


Ramainya orang.. meriah terasa. Memandangkan bajet tak berapa nak banyak cuma sempat grab tudung dari benanghijau. Tudung aidijuma nasiblah ada juga rezeki kami beli sendiri. Walaupun kena beratur tapi it's ok la.. 

Dah puas cuci mata, kami turun ke depan Straits Quay tengok tempat parking kapal.Hiii 

First time mai sini.. banyak sungguh kapai...

Next destination, pi tengok belon panas kat Padang Polo. Sampai jalan nak pi sana jem teruk. Parking pun tak ada.. celah mana la nak parking lagu ni. Syukur ada juga rezeki kami ada kereta keluar parking terus kami masuk. Nasiblah baby viva kecik ja..

Tunggu belon naik nak dekat maghrib baru naik. Kaunter tiket nak naik pun beratur panjang bukan main.. memang tak ada harapan la nak naik kan..hii

Belon baqu nak naik..

Belon panas di kala malam..haha

Perut dah bernyanyi. Tak makan nasik lagi oii. Dah jom pi makan pulak.. Next ke Kapitan ke kita?? Macam sebulan tak makan licin claypot beriani ayam pekena kat Kapitan, Gurney. 



Dah kenyang jom balik.. Penat mengantuk semua ada..

Done cuti-cuti di negeri sendiri. 

Terbaik!!


 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah