ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Thursday, August 21, 2014

Tempe Goreng Kicap Bersama Ikan Bilis ala Syeeda

ASSALAMUALAIKUM

Kelmarin balik kerja dapatlah masak sikit untuk menu berbuka. Memandangkan menu utama dah ada jadinya masak simple je. Ghosek (cari) peti ais ada tempe. Ikan bilis ada.. siap. Menu simple yang dah lama tak makan. Tempe goreng kicap dengan ikan bilis.. Aduhai panjangnya nama resepi. Resepi ni Syeeda pakai campak janji kena dengan selera. Hii

Bahannya : Tempe, ikan bilis, bawang besaq dan cabai melaka.

Caranya : Potong tempe jangan tebai @ nipis sangat noo. Goreng sampai kekuningan gitu. Angkat dan goreng ikan bilis pulak. Semalam guna ikan bilis yang besaq sikit tu Dah agak garing masukkan tempe yang dah digoreng balik dalam kuali bersama ikan bilis tadi. Kalau minyak banyak sangat buang sikit ok. Akhirnya percik la kicap manis sikit. Dan masukkan bawang besaq dan cabai melaka yang dipotong. Siap.

Makan panas-panas sedap oo. Tapi kalau simpan lama ikan bilis tu liat satgi. Semalam sekali harung licin pinggan sampai tak sempat nak ambik gambaq..Hii


4 comments:

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah