ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Friday, June 21, 2013

Penang Hill View

Nak kabo le sikit ni, aritu lepas balik dari Terengganu, sampai Penang dalam pukul 5.00 pagi gitu lah. Awal benor yerk. Dengan perut buat hal masa tu, memang tragis jugak la. Nasib drebar tu berhenti makan jam 12 tengah malam tu.. Setibanya di Terminal sementara Butterworth. Parents datang ambil, kesian juga kacau diorang tidur tapi memandangkan keropok-keropok yang diimport dari Terengganu melebihi muatan nak naik bas pulak mana ada pagi-pagi buta, jadi diorang datang ngambil. Siap ada roadblock lagi dekat Lingkaran Luar Bwth. 

Tengahari tu, Syeeda dengan family bawa member yang tumpang balik sekali jalan-jalan Penang lepas beli tiket. Tiket basnya petang kol 7 jadi sempat la jejalan kejap. Alang-alang dah sampai bumi Penang ni kan. Bawa naik feri gitu.

Dapat jela naik Bukit Bendera. Jalan jam. Kereta api pun boleh tahan jem jugak dengan pelancong. Almaklum lah cuti sekolah.. Lepak-lepak kejap kat atas sambil makan tengahari, solat zohor dekat masjid BB, ambil gambar sikit, pastu kami pun turun sebab takut jalan jam. 

Dapatlah snap sekeping untuk tatapan korang

Kami sampai dekat terminal sementara Butterworth pukul 6 gak. Ramai sungguh orang. Yela cuti sekolah last day, ramai nak balik ke rumah masing-masing ler. Ada la sikit member beli jeruk madu pak ali ole-ole dia untuk kawan-kawan dia di Perak.

Selesai dia naik bas, kiteorang tak terus balik. Terjah pulak ke AEONBIG Seberang Jaya. Memang tak rehat kot dari balik Terengganu, tapi tetap enjoy, tak rasa letih pun. Sempat juga makan dekat foodcourt nya. Try makan nasi paprik Hussain Nasi Kandar. Pergh terbaik. Tapi sedihnya tak dapat intai buku dalam HASANI BOOKSTORE (tempak wajib ok).

Malam tu sampai rumah pukul 10 lebih gak. Sempat lagi tapaw KFC untuk dimakan dekat rumah pulak (memang perut tong)   

Ok Selamat Hari Jumaat. Tata. 

Wasalam

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah