ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Wednesday, June 12, 2013

Cadangan Hadiah Untuk Pengantin Baru

Assalamualaikum

Selamat bekerja. Chaiyok!

Musim cuti sekolah dah berlalu, dan majlis perkahwinan pun dah suam-suam kuku la jawabnya. Tapi masih ada lagi undangan majlis perkahwinan. Dan tunggulah gelombang besarnya pula masa cuti sekolah hujung tahun nanti. 

Syeeda pun baru balik dari Terengganu menghadiri majlis perkahwinan sahabat sekampus semasa di UUM, Sintok dahulu (gayanya macam dah bertahun-tahun grad, tapi konvo pun belum lagi..hihii). Travel ke sana naik bas jerk. Lebih kurang 6 jam jugak bersalji dalam bas tu. Tapi tak dapat pula nak menikmati saljinya dek kerana mabuk perjalanan jauh.. Maklumlah udah lama tak naik bas dan jalan jauh. Aduih.

Berbalik pada hadiah yang molek untuk pengantin, kat sini Syeeda ada listkan.

  • Barangan dapur (biasalah seperti set pisau, set gelas, periuk nasi, periuk memasak, set sudu, set pinggan mangkuk, blender, talam, dll) - memang sesuai sangat, jimat bajet pengantin baru bila diorang nak pindah rumah nanti.
  • Barangan elektrik (seterika, pemanas air, lampu tidur, kipas angin, pembakar roti, dll) ikut bajet korang la. Kang makan megi je pulak..hii
  • Cadar dan comforter 
  • Tuala mandi
  • Buku-buku agama dan motivasi perkahwinan dan kekeluargaan
  • Album gambar
  • Voucher
  • Tiket percutian - taja percutian pengantin baru ni, jimat sikit belanja diorang..
  • Frame gambar - bolehlah diorang letak gambar perkahwinan nanti
  • Minyak wangi
  • Jam dinding

Banyak lagi nak list sebenarnya, tapi cukup dah kot. Yang penting ikhlas dan dalam bajet korang la. Jangan dek kerana nak kasi hadiah tip top buat pengantin, alih-alih korang yang pokai. Yang penting korang sudi datang ke majlis diorang.

Jangan lupa join SIMPLE GA BY SYEEDA SANIEY sekarang.

P/S: Apa lagi cadangan hadiah yang best untuk pengantin baru? Jom komen

Wasalam

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah