ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Thursday, February 16, 2012

Gayakan Tudung Sesuai Dengan Bentuk Wajah


Assalamualaikum
malam ni Syeeda nak kongsi sedikit pembacaan dengan korang
mesti korang ada masalah dlm menggayakan tudung yg sesuai kan?
Disebabkan bentuk muka yg ala-ala buah epal ni memang susah jugak nak cari
tudung yg sesuai..


WAJAH BUAH ANGGUR:
Bentuk muka yg bujur..
pemilik wajah ini tak perlu risau sebab apa jua gaya dan fesyen tudung dapat digayakan oleh mereka..
dan tak akan jejaskan imej yg bakal ditonjolkan.
mereka dikira amat beruntung dan bernasib baik

WAJAH BUJUR PISANG:
Bentuk wajah yg bujur dan panjang tapi tak sesuai dgn sesetengah fesyen tudung..
cth: fesyen tudung yg guna awning, namun ada antara pemilik wajah bentuk ini sesuai menggayakan dan ada juga yg tidak sesuai menggayakan kerana membuatkan wajah kelihatan kecil dan sempit.
seeloknya gayakan tudung awning yg kosong dan tak bercorak.
Namun seeloknya dielakkan kerana akan memberi ilusi kurus pada bentuk wajah..

WAJAH BUAH DELIMA:
Pemilik wajah bentuk ini bulat tapi kecil dan comel..
dikatakan berwajah 'cute'..
sesuai gayakan apa sahaja jenis fesyen tudung kerana tak ada masalah bentuk tulang pipi dan rahang...
tapi perlu kepada pemilihan tudung yang tak sarat dengan corak kerana akan meneggelamkan wajah anda yg comel tu..hiii

WAJAH BUAH STRAWBERI:
pemilik wajah bentuk buah strawberi pulak, 
dimana wajah yg besar di atas dan tirus di bahagian dagunya...
juga dipanggil berkepala lonjong

anda tak perlu risau, wajah bentuk ni sesuai dgn apa jua gaya tudung..


WAJAH BUAH EPAL:

Pemilik wajah bentuk buah epal biasanyamempunyai wajah yg bujur tapi lebar..
fesyen yg sesuai ialah tudung yg ada awning..
yg mana aka tutup tulang pipi dan bentuk wajah yg lebar..

pilih awning yg panjang pada bahagian pipi kerana 
boleh tutup sepenuhnya bahagian lebar di pipi.
Saiz bentuk awning juga penting taw..

Sumber: Dara.Com

Wah akhirnya....dah habis bercerita
walau apapun bentuk wajah kita, jika kita rasakan penggayaan tudung tersebut sesuai dan selesa dengan kita
pakai aja ya..
minta pendapat kawan2, kakak, adik, mak cik, nenek pun boleh.
yg penting niat untuk menutup aurat
ok, selamat malam
wassalam

p/s: Misi ??? Jom join


3 comments:

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah