PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Friday, December 28, 2012

Bukit Bendera


Assalamualaikum
tadi dah update, ni nak update lagi..hihi esok cuti maa tidur lewat pon xpa kan

Kalau hangpa mai Penang mesti hangpa semua mai Bukit Bendera kan.
Sapa pernah mai Bukit Bendera cer citer pengalaman korang naik Bukit Bendera.

yang ni kereta api Bukit Bendera yg lama. 
Kereta api ni akan berhenti di stesyen tengah dan kita kena turun dan ambil kereta api lain untuk ke puncak.
 Tapi la ni kereta api baru ni tak payah dah turun dekat stesyen tengah tu..

Bila berada di puncak tu nampaklah seluruh Pulau Pinang.
Pemandangan yg cukup cantik dan mendamaikan..

jom ramai2 g sana..

p/s : Jom try g Pemandangan Indah Balik Pulau pulak. rasa macam dekat Cameron ja..hii dan datang Pulau Pinang jangan lupa singgah ke Pesta Pulau Pinang sehingga 1 Jan ni je..




Jom Tengok Cerita 'Hanya Padamu'


Assalamualaikum
wah dah lama rupanya syida tinggalkan blog tersayang ni.
bukan sibuk mana pun tapi malas nak update..
hii

sekarang ni kat tv3 ada cerita baru ganti Runtun Qalbu.
Tajuk dia Hanya Padamu


Sinopsis pendek:

Mengisahkan anak yatim piatu, Adawiyah (Nazeera Sardi) yg tinggal dengan ibu dan bapa saudaranya, Sabariah dan Omar. Namun, Adawiyah dibenci oleh Sabariah. Apabila Omar meninggal dunia, Adawiyah diberhentikan sekolah walaupun dia seorang yang pintar di sekolah. Anak Sabariah, Bukhari (Zahiril) menegur ibunya namun tidak diendahkan. Bukhari kemudia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Jepun. Selepas pemergian Bukhari, Adawiyah dihantar ke Rumah Anak Yatim Sinar Harapan. Di sana, ramai yg dengki padanya dan selalu diugut oleh pekerja kantin di sana. 8 tahun kemudian, Arman (Beto) dalam keadaan tidak terurus bertembung dengan Adawiyah. Nak tahu cerita selanjutnya, kena la tengok cerita Hanya Padamu slot Zehra tv3.. 

Episod 1 yg baru saja melabuhkan tirai jap tadi memang best, perjalanan hidup Adawiyah yang cukup perit apabila dibenci oleh Sabariah dan impian untuk berjaya dihalang oleh Sabariah.
Minggu depan episod 2 pulok...

wasalam


Wednesday, October 31, 2012

Melalui Pagar itu...


Assalamualaikum
entry malam ni ringkas dan mudah
eceh macam nak masak pulak kita

family outing ahad lepas dah bertukar jadi 
'pemburu kapal terbang'

pemburu 1

pemburu 2



pemburu 3

pemburu 4

inilah hasil pemburuan kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas..
syiok dengar bunyi kapal terbang..hihi

ok out dulu.
wasalam

Monday, October 29, 2012

SI CANTIK DAN SI COMOT




Si Cantik dan Si Comot adalah jiran sekampung. Mereka sebaya dan sudah berusia 20 tahun. Si Cantik sangat bangga dengan kecantikan dirinya dan selalu mengejek si Comot yang hodoh itu.

SI CANTIK : Aku cantik, nanti mesti dapat suami yang kacak dan kaya.
SI COMOT : Yela kau cantik. Tak macam aku.. 
(Si Comot menundukkan wajahnya tanda merendah diri).
SI CANTIK : La, sedar pun kau Comot. Kau hodoh! Haha.. Nanti dapat suami miskin dan hodoh macam kau. Sabar ya..Hahahahaaaaaaaa

Begitulah setiap hari. Si Comot biarpun hodoh wajahnya, tetapi dia punyai hati yang sangat baik. Semua orang kampung senang bergaul dengannya. Suatu hari seorang anak usahawan paling berjaya dari bandar datang ke kampung untuk mencari calon isteri. Maka gembira sungguh hati seluruh anak gadis di kampung itu. Upacara pemilihan akan diadakan dalam tempoh seminggu lagi dan semua gadis diwajibkan hadir ke sesi ini.

SI CANTIK : Kau tak layak untuk pemuda itu. Tengok la rupa kau yang hodoh tu! Jangan kau pergi ke sana!

Si Comot bersedih hati. Dia sedar siapa dirinya. Lalu apabila tiba hari pemilihan itu, dia mengurung diri di dalam rumah. Namun, ibunya mengajak dia berjualan di tempat pemilihan itu.

IBU SI COMOT : Ibu mengerti. Nah pakailah hijab ini agar kamu tidak diketahui oleh mereka di sana.

Pemuda itu cukup kacak. Namun siapalah dia untuk dipadankan dengan pemuda itu.
Tiba-tiba hijabnya terbuka disebabkan angin kuat dan pemuda itu memandang ke arahnya.

PEMUDA : Kamu kenapa tidak menyertai pemilihan bakal isteri saya?
SI COMOT : Saya tidak layak untuk tuan. Saya hodoh.
PEMUDA : Hodoh atau tidak bukan persoalannya. Yang penting hati.
SI COMOT : Saya harus pergi, tuan.
PEMUDA : Tunggu. Saya selalu melihat kamu dari jauh. Kamu seorang yang baik dan rajin. Orang kampung di sini semua memuji kamu. Kamulah orang yang saya cari.

Si Cantik datang mencelah.

SI CANTIK : Tapi dia hodoh! Tak layak untuk awak..
PEMUDA : Produk mekap dah berlonggok dekat pasaran.. calit sikit dah cantik. Yang penting hati itu kena cantik sebab tak ada lagi mekap untuk hati. Mekap hati adalah diri kita sendiri..

Si Cantik terkedu sambil berkata dalam hati. ‘Betul jugak’.

Kesimpulannya....

Biarpun tidak memiliki rupa paras yang menarik dan cantik, yang penting hati itu cantik. Alangkah indahnya apabila memiliki rupa yang cantik disulam pula dengan hati yang baik.


Saturday, October 20, 2012

Bersantai di Puncak Mutiara Cafe


Assalamualaikum

entry kali ni yang dah lama Syeeda nak buat, tapi biasalah malas sikit
3 Oktober yang lalu, kami sekeluarga p la bersantai di

Makanan dekat sini istimewa kerana mereka menternak sendiri kambing, lembu,
arnab, rusa, dan sebagainya dan disembelih sebelum dimasak mengikut
menu. Sambil makan kita dapat bersantai tau..
Nak tengok lebih lanjut klik link dekat atas tu.

yang ni nasi beriani kambing

yang ni pulak nasi beriani lembu

ni menu sampingan, chicken chop

ni pulak tapai aiskrim.. yummy

(ehsan PMC)
ni tempat makannya, boleh pilih nak duduk wakaf yang mana. privasi gitu
bilik aircond pun ada..tapi lagi fresh kena udara luar kan..

(Ehsan PMC)

Ok sampai di sini dahulu
selamat berhujung minggu

wasalam

Sunday, October 14, 2012

Bersuka Ria di Bendang


Assalamualaikum
penat sungguh malam ni
entry malas Syeeda dah datang

ok nak cerita sikit la, tadi pagi Syeeda pergi bendang. 
Ada sapa-sapa tak tau bendang tu apa?
seronok dapat menghirup udara pagi dekat bendang

hi semua pic yang sempat snap tadi



bendang ni dekat rumah Syeeda je. Tenang rasanya hati bila tengok
matahari sedang terbit, burung bangau berterbangan, pesawah yang bertungkus lumus 
bertani....



ok itu saja buat malam ni
mau rehat dulu

wasalam


Friday, October 12, 2012

Kisah Si Pensil Dan Si Pemadan




Si Pensil sedang asyik menulis, tiba-tiba disapa oleh si pemadan.



Pemadam: Khusyuk betul kau bekerja ya pensil.

Pensil: Mestilah pemadam. Kan ini kerja aku seumur hidup. Kau pula tak ada kerja ke?

Pemadam: Aku kan sahabat kau. Kita sudah diibaratkan  sebagai isi dan kuku, kau perlukan aku dan aku perlukan kau.

Pensil: Ah pergi kau dari sini. Siapa nak bersahabat dengan kau wahai Pemadam buruk! Aku tak perlukan kau!!



Si Pensil mencebik. Di lubuk hatinya, tak ingin dia bersahabat dengan Si Pemadam. Baginya dia tak perlukan sesiapa pun untuk menolongnya, kerana dia adalah sebatang pensil yang GAGAH.


Pergilah si Pemadam membawa hati yang luka dek kerana keangkuhan si Pensil . Dia akui si Pensil memang banyak berjasa kepada manusia berbanding dirinya. Namun, untuk apa dia dicipta jika tiada guna. Lalu si Pemadam membawa diri dan bersahabat dengan pensil-pensil yang baik hati.

Si Pensil yang angkuh itu terus dengan keangkuhannya.  Namun, suatu hari,satu kesilapan telah berlaku. Di saat itu, si Pensil mula tercari-cari kelibat si Pemadam. Namun, si Pemadam sudah pergi membawa hati yang luka.

Hanya sekadar karya pendek untuk semua di kala kebosanan, khas dari Syeeda.

Mesejnya, hargailah orang yang berada di samping kita, jangan sakiti hatinya, hargailah dia walaupun dia tak sehebat, tak secantik dll macam kita. Sehebat mana pun kita, pasti satu hari kita akan tersungkur jikalau kita sakiti hati orang lain.

Oleh itu, jagalah hati semua orang. Mulut kena jaga, hati kena bersih, sikap kena berakhlak mulia dan berbudi berbahasa.

Pesanan Syeeda, jangan jadi angkuh macam si Pensil tu, ingat ya angkuh tu takkan ke mana pun sebab itu adalah satu sikap yang buruk dan membusukkan hati saja.


 SELAMAT BERHUJUNG MINGGU. (^_*)

Sunday, October 7, 2012

Sarapan Hari Minggu


Assalamualaikum

selamat berhujung minggu semua
dah sarapan ke belum?
Hari ni syeeda sekeluarga jamah kuih jer.
Kuih apa?

ni dia...

 kulit dia pakai ubi keledek, inti dia kentang lada hitam..

sedap di makan bersama air kopi panas (abaikan cawan cute tu..hii)


dah kenyang, malas nak buat keja..hii
ok lah sampai bertemu lagi


p/s: korang sarapan apa pagi ni? kongsi ler




Saturday, October 6, 2012

Gubahan Buah-Buahan


Assalamualaikum
malam ni nak buat entry malas ja.

tadi jalan-jalan , jumpa la gubahan buah-buahan ni
cantik, menarik.

ringkas tapi unik!!

ni pun cantik

simple

hello kitty pun ada

Ehsan: Pak Cik Google

itu baru sikit, banyak lagi seni gubahan buah-buahan yang ada.
ok entry malas sampai sini saja

wasalam

KESILAPAN ITU ADALAH ‘GURU’


Assalamualaikum


Sebagai seorang manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Walaupun sedaya upaya kita mengelak, namun kesilapan itu tetap menemani kita. Mengambil contoh yang paling mudah dan ringkas, sebagai seorang jurutaip di sebuat syarikat mungkin kadangkala tersilap ejaan dalam keasyikan menaip sesuatu dokumen terutamanya dokumen yang berjela panjangnya. Memang kita telah cuba mengelak kesilapan itu untuk hadir dalam tugas yang sedang kita laksanakan itu, namun kadangkala ia tetap juga hadir.

Ingat, jangan pernah marah akan kesilapan itu, kerana disebalik kesilapan itu akan muncul sesuatu yang tidak kita sangka. Bak kata, di sebalik setiap kesulitan yang kita hadapi bakal muncul sinar kebahagiaan. InsyaAllah.

Ya, kesilapan itu umpama guru buat kita.

Mengapa? Bagaimana? Bila? Pasti pelbagai persoalan sedang rancak bermain di minda. Masakan secubit kesilapan ittu adalah ‘guru’ kita?

Ya, dialah guru kita. Guru yang menunjuk ajar kepada kita agar kita lebih berhati-hati dan teliti selepas ini dalam melakukan sesuatu.

Berbalik kepada kisah jurutaip di atas, apabila dia di marahi majikannya kerana tersalah ejaan, maka selepas daripada itu jurutaip tadi akan lebih berhati-hati semasa menaip dan akan menyemak kembali hasil taipan tadi sebelum diserahkan kepada majikan. Nampak?

Kesilapan itu ibarat guru, dia mengajar kita supaya lebih berwaspada agar tidak lagi bertemu dengannya.
Bagi diri syeeda sendiri, syeeda banyak belajar daripada setiap kesilapan yang syeeda lakukan. Tak nak la buat kesilapan berulang kali, nanti takut orang dah tak yakin dengan kita.

Ingat, apabila kita buat kesilapan, muhasabah diri kita kembali. Jangan mudah mengaku kalah dan takut kesilapan itu berulang kembali. Walau apapun, kita harus berusaha. Kita harus berani, yakin diri. Chaiyok!!

Akhir kalam, selamat berguru dengan ‘kesilapan’.





wasalam

Monday, September 17, 2012

Hasil Pertama..


Assalamualaikum
dah lama tak tempek post dekat sini
sempena cuti arini, boleh lah tempek 1 post baru

pagi ni g jelajah blog2 sahabat kita yang kreatif dalam buat brooch ni..
ada pulak tutorial, so apalagi, try la buat satu..hii

ni lah hasilnya, hodoh la sikit..haha
saya budak baru belajar
(^_^)


ok. dah masuk waktu zohor
jom solat dulu..

SELAMAT HARI MALAYSIA

Wasalam



Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Assalamualaikum
Alhamdulillah, setelah berpuasa selama sebulan, 
kita bakal sambut Aidilfitri
Sedih pula rasa meninggalkan Ramadhan, bulan yg penuh berkat.

Semoga dapat bertemu lagi pada Ramadhan tahun hadapan..

Di hari raya ni, syeeda ambil kesempatan nak ucapkan 


Mohon maaf atas segala salah dan silap .

Semoga bergembira di hari raya nie
Wasalam


Wednesday, August 8, 2012

Riang Ria Raya Giveaway


Assalamualaikum
 JOM join GA ni.. syeeda tolong promote je
kalau nak join Klik banner  kat bawah ni taw

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Cara-Cara Penyertaan:
WAJIB Follow blog YANA dan blog HASIFI SANI dan SYEEDA
Kena buat satu entry pasal GA ni..
Letak banner kat atas dekat entry korang dan linkkan balik ke blog Yana taw..
Dah siap buat entry, jangan lupa tinggalkan link korang kat ruangan komen Yana
Beralamat di Malaysia
Tarrikh Tutup: 15 Ogos 2012

Jom Join dan memeriahkan 
"RIANG RIA RAYA GIVEAWAY"
Oleh

Wasalam


Sunday, July 29, 2012

Kenapa Profil Blog Jadi Macam Ni??


Assalamualaikum
salam Ramadhan semua

dah lama tak buka blog ni
dah bersarang pun
2 3 hari ni baqu syeeda dok buka
tapi ada lain pulak masalahnya...
=(
 apesal bila syeeda nak follow blog lain dia jadi camni
nama tak dak, pic profile pun tak dak.. 
nak kena letak ubat apa pulak ni.. 
ada sape2 leh tolong syeeda?
 dah tekan sana sini, tak jugak menjadi..

p/s: kejapnya masa berlalu, esok dah Isnin.. malasnya nak g keja..huhu

wasalam

Sunday, June 24, 2012

Pemilihan Semula PEMENANG GA SUKA-SUKA


Assalamualaikum
dah berbulan2 meninggalkan dunia blog yg sangat2 best ni..hii
Maaf dipinta wat semua peserta GA kerna lambat announce pemenang aritu


Malam ni Syeeda nak wat pemilihan semula 
PEMENANG GA SUKA-SUKA
sebab tak dapat details from 3 winner aritu.
hadiahnya dah lama Syeeda simpan
Harap dapat respon naa

Masih ingat banner ni?
Hii 
ok jom kita ushar winner bertuah malam ni

Sila semak nama korang kat







okess
siap
Boleh emailkan nama, alamat, no fon
ke
nursyeda89@gmail.com
atau
Facebook syeeda

Mohon segera ye sebelum 26hb Jun.
TAHNIAH

dan
Mohon maaf atas kesulitan yg berlaku
(^_*)

Wasalam



Thursday, June 21, 2012

3 Idiots yang P.A.N.D.A.I


Assalamualaikum
exam seterusnya 26hb, so rehat-rehatkan minda dulu.
Malam ni Syeeda layan cite 
3 IDIOTs


Sinopsis:
Dua sahabat berangkat untuk mencari kawan mereka yang hilang. Dalam perjalanannya, mereka menghadapi sebuah pertaruhan lama yang sudah mereka lupakan, sebuah acara pernikahan yang harus mereka datangi dan acara pemakaman yang berakhir tak karuan.

Saat mereka berangkat menuju tempat berbahaya, suatu perjalanan lain dimulai: yakni perjalanan pribadi mereka mengarungi kenangan dan kisah tentang kawan mereka - Rancho (Aamir Khan) dengan cara berpikir beda dari masyarakat luas - yang dengan caranya tersendiri telah menyentuh dan mengubah kehidupan mereka.

SUMBER:
Sinopsis Box Office

Walaupun tajuk dia dah mencerminkan persepsi penonton tentang 3 watak
utama yang bodoh, namun disebalikcermin itu tersirat sejuta tafsiran yang kita sendiri perlu tafsirkan.
Kan kan

Walaupun ada adegan2 yg brapa sedap mata memandang, tapi Syeeda dapat banyak
pengajaran dari filem ni.
Tentang kehidupan, persahabatan, kecemerlangan...
Filem yg cukup memberi kesan kepada Syeeda.
Banyak tol pengajaran yg Syeeda dapat.

Bagi yang belum menonton Filem ni,
ayuh cepat..hii

wasalam



Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan

Assalamualaikum

dah lama Syeeda membiarkan blog ni bersarang. 
Sekarang ni bleh la kemas2 balik sayangs Syeeda ni. Siap cat baru lagi..hii

Hari ni exam Pengurusan Prestasi Pekerja.
Soklan yang agak mencabar jugak. Mana taknya satu soklan 2 ada yg 20 markah.
Aduhai naik kebas tangan dok menggoreng.
Apapun dah buat yang terbaik, kita doa moga2 dapat result yg ok tau.

Tinggal 1 je lagi paper Pengurusan Perubahan 26hb ni.
Lepas tu masing-masing akan bawa haluan masing2 dengan persediaan untuk praktikal 
pulak 4 bulan.
Sorang demi sorang kawan dah pun meninggalkan bumi Sintok
yg dah dihuni 3 tahun lamanya.

Entah bila dapat jumpa n bergelak ketawa lagi mcm dulu
Lepas ni masing2 dah sibok
Harap-harap kita dapat jumpa lagi erk pas ni
sedey la plak.. T_T

Apapun
SETIAP PERTEMUAN TU PASTI AKN TERJADI PERPISAHAN


Tabahkan hati dan teruskan berjuang di muka bumi
Allah s.w.t
ini.
wallahualam

Wasalam


Thursday, April 12, 2012

PEMENANG GA


Assalamualaikum
syeeda nak umum pemenang ni
hiii
guna random je tadi



DAN



TAHNIAH
pemenang sila email kan nama penuh & alamat ke
nursyeda89@gmail.com
sebelum
15 APRIL 2012

Terima kaseh



last UPDATED peserta GA


Assalamualaikum
maaf lambat lagi
arini syeeda letak last updated peserta
xda lagi perubahan ye..
74 orang semuanya
sila check nombor anda..hii
malam ni syeeda umumkan
3 hadiah utk 3 org pemenang


4. eyvon
5. celine
18. aisyah
19. nunu
20. hanini
22. fiQra
24. nida
25. mas
29. syakila
30. sarah
33. ogy
35. lelord
36. deeyana

ingat nak cari hadiah tambahan kelmarin, 
tapi pasaraya tutup sebab gegaran gempa.
so hadiah kekal 3 utk 3 org pemenang
(^_*)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...