ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Friday, June 10, 2011

NORA ELENA ke OMBAK RINDU ..

baru ja intai2 facebook ..saja taip ombak rindu..tetiba kuar pasal filem ombak rindu tu
tetiba ja rasa tak sabar nak tengok..

Sekarang orang tengah hangat bercerita pasal NORA ELENA..tapi ntah la napa tetiba angin tak minat datang..
tak layan pun cite tu sebenarnya.tak taw la nape


syeeda ternanti2kan filem OMBAK RINDU juga lakonan aktor Aaron Aziz sebagai Hariz bergandingan ngan Maya Karin selaku Izzah.. 

juga adaptasi dari novel keluaran Alaf 21
tajuk:Ombak Rindu
Karya: Fauziah Ashari

seingat syeeda time form 1 @ 2 baca novel ni..sampai lenyai novel tu sebab famous kat hostel dlu..siap kena tunggu turn nak baca..hii
  

ni sinopsis dia:

Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.
Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Adakah mereka bermadu??



No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah